Little Hajj Preschool Programme in Puchong

Little Hajj di Kasih Khalifah, Puchong, merupakan salah satu program yang paling dinantikan oleh ana...

Little Hajj di Kasih Khalifah, Puchong, merupakan salah satu program yang paling dinantikan oleh anak-anak dan ibu bapa.


Melalui aktiviti ini, kanak-kanak diperkenalkan kepada rukun haji secara mudah, interaktif dan menyeronokkan. Mereka belajar tentang:

  • Tawaf
  • Sa’i
  • Ihram
  • Serta maksud di sebalik setiap amalan melalui pendekatan bermain sambil belajar.

Aktiviti hands-on seperti:

  • Mini Kaabah
  • Laluan Sa’i
  • Pakaian Ihram kecil

Memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai pengalaman pembelajaran yang lebih realistik.

—————————–

Sebagai preschool Islamik di Puchong, kami percaya pendedahan awal seperti ini mampu memupuk nilai adab, kesabaran, dan kecintaan kepada agama sejak kecil.

Program Little Hajj bukan hanya sesi pembelajaran, tetapi satu pengalaman bermakna yang meninggalkan kenangan manis buat setiap kanak-kanak di Kasih Khalifah.

Copyright© 2025 TADIKA KASIH KHALIFAH (SA0225424-A). All rights reserved